Saturday, November 28, 2009

Final Exam Dah Dekat......

Huhu....

Korang semua dah ready ke nak exam ni...???
Aku apa benda pun tak baca lagi nie......

Aku harapkan dan doakan yg terbaik untuk korang semua.....

-Zahir-

Dah Lama Aku Tak Update....

Salam....

Aku nak minta maaf kat korang semua terutama kawan2 kelas aku...
sebab dah lama sangat aku tak update blog ni.....
sekarang aku tgh usahakan untuk menambah baik blog ni.....

-Zahir-

Thursday, October 8, 2009

Majlis berbuka Puasa a.k.a BBQ Bukak Pose..hehe

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca2 blog ini...
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan "..

Hehe..
Amacam..? Gempak tak ayat opening post aku kali ni..???

Okey..
Setelah dijanjikan, aku akan upload gambar2 masa BBQ masa bulan puasa hari tu..
tapi aku dah x ingat tarikh hari tu..

Aku nak ceritakan sikit pasal BBQ hari tu..

Kitorang buat hari rabu, tapi persiapan dah buat lagi awal dah...
petang tu, lepas habis je kelas Tuan Haji..
kitorang pun bergegas keluar dari kelas and pegi buat tugasan masing2...

Mus dgn Anas dapat tugasan utk menge'cop' tempat utk kitorang..
Farah dgn Bieha pegi masak mihun, nasi himpit, kuah kacang..
Piqa buat spageti dgn sosnya..
Anis buat ayam masak lemak ( kalau x silap aku ) ..
Afiq dgn Shah ditugaskan utk menyediakan minuman, diorang buat Sirap Limau Ais...perghhh..
Adil dgn Jahir.. diorang tolong apa yg patut..
Aku dgn Ila.. kitorang xde tugasan yg specific..hehe.. kitorang pegi rumah Anis ambik barang.. pegi rumah Farah ambik barang.. pegi kedai beli arang,ais...
Alhamdulillah, semua crew2 jalankan tugasan mereka dgn sempurna..
walaupun terdapat sedikit permasalahan .. sebab petang tu HUJAN...huhu..

Bila Mus dgn Anas dah dapat tempat..
kitorang pun bagi lah kat diorang tempat bakar, arang, lighter, ayam n mcm2 lg...
diorang pun nyalakan api n arang... buat bara...
bila dah ready.. ayam pun dipanggang..
terer gak diorang ni...
masa hujan2 tu la diorang bersusah payah nak nyalakan api..
syabas atas usaha anda.. cewaahhh...

masa mula2..
ada 4 orang je kat situ..
Aku, Ila, Mus n Anas..
sbb yang lain tgh buat keje diorang..
then.. tak lama lepas tu.. Afiq dgn Shah pun sampai sambil membawa air minuman utk kami..
Sirap Limau Ais..
memang riuh giler la masa proses nak bakar ayam tu...

antara dialog2 yg sempat aku 'tangkap'..

Shah : " aku terer bab2 nak panggang2 ni.."
Mus : "Ha.. sebab tu lah aku takut nak bagi ko panggang ayam tu... nanti hangus.. HAHAHA.."

tgh kitorang bersiap..
dari jauh kitorang nampak Adil, Piqa , Jahir , Zul n Anis..
dlm perjalanan nak pegi kat kitorang..
diorang datang bawak makanan yg diorang dah masak..
banyak betul juadah yg tersedia utk dijamah...

masuk waktu Maghrib..
kitorang pun berbuka...
jap2... tp mcm ada crew2 yg xde la..
ha.. farah dgn bieha.. diorang tgh masak lagi kat rumah..
aku dgn ila pun pegi rumah diorang..
ambik dulu makanan yg dah siap...
then kitorang hantar kat crew2 yg ada...

kitorang pun menikmati juadah yg ada..
sambil sembang2 and gelak ketawa yg memecah keheningan malam di tepi tasik seksyen 7 shah alam..
sambil diiringi dgn deruman enjin2 kereta dgn motor kat jalan besar...
x lama lepas tu.. farah dgn bieha pun sampai...

lepas dah habis makan...
kitorang main bunga api... haha.. mcm budak kecik jer...
tapi mmg best...!!

tak dilupakan...
byk gambar yg dirakam malam tu...
mmg meriah and happening...
dua lagi crew kitorang xdpt dtg malam tu.. Atiqah n Dalila... diorang ada hal...

ini lah sedikit sebanyak catatan pasal majlis BBQ tu...
hasil usaha crew2 medical imaging kami...
dgn kerjasama yg diberikan.. x mustahil apa saja pun dibuat dan dilaksanakan....
bak kata pepatah.. Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul... hehe..

akhir kata...
aku, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Crew2.. kerana memberikan seratus peratus kerjasama dalam menjayakan majlis BBQ tu... diharap lebih byk lagi majlis mcm ni dapat dibuat di masa akan datang...

kat bawah ni aku ada upload gambar2 masa hari tu...
enjoy ye...


Mus dgn Ila tgh prepare...


Mus , Ila n Anas.. tgh buat keje diorang...

Saturday, September 26, 2009

Maaf Dipinta...

Assalamualaikum..

Sempena bulan Syawal yg telah pun tiba..

Penulis hendak memohon maaf kepada semua pembaca2 blog ini..

Segala salah silap harap dimaafkan..

Jikalau ada terkasar bahasa , menyinggung mana2 pihak, janganlah disimpan di dalam hati..

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin..

p/s.. kpd semua.. maaf sbb dah lama tak update blog ni.. gambar2 masa BBQ Buka Puasa hari tu .. aku akan upload nanti..

Friday, July 17, 2009

Final Lab Radiography Positioning 2 ( 2nd edition )

Okey...
Ni sambungan gambar2 masa final lab kitorang...



Ila, Bieha, Piqa, Farah n Anis tgh ber-posing... Masing2 lega sebab dah lepas ujian diorang..



Diorang ni lagi... hehe.. xpe.. janji happy.. :-D



Anis n Piqa...



Zul.. terlantar kesakitan... haha


Oit... Apa ni.. pesakit senyum2 ... haha

Wednesday, July 15, 2009

Final Lab Radiography Positioning 2...

Salam...

Pada 14 Julai 2009 ... Hari selasa...

Hari yg cukup mendebarkan bagi kami, sebagai Crew Medical Imaging ... hehe...

Bukan apa...

Pada hari tu..

Adalah Final Lab utk subjek Radiography Positioning 2...

Seawal 7.45 pg..

Aku dgn ila dah sampai dah.... Kat depan pintu makmal.....hehe...

Buat last minute revision...hehe...

Then, tak lama lepas tu, crew2 yang lain pun sampai..

Anas, Afiq, Shah, Mus, Jahir, Adil , Anis, Zul, Farah, Bieha, Adil...

Kitorang pun tunggu lah lecturer kitorang... Cik Hafizah..

Beliau seorang yg tak suka marah.. tapi kadang2 marah gak...haha..

Tapi kitorang selesa dgn cara beliau mengajar...

Okey2..
berbalik kepada cite tadi...

Kami di-kuarantin dalam bilik kerja ...
Seorang demi seorang dipanggil untuk diuji kecekapan dan kehandalan dalam memposisi kan 'pesakit' ( yg dilakonkan oleh Mus n Zul )..

Byk jugak 'position and projection' kali ni..

Ada AP Axial Cervical, Lateral Cervical , LAteral Skull dan lain2... Mmg byk...

Aku nak cerita byk2 pun tak larat..

So.. Aku ada ambik gambar2 gelagat kitorang masa tgh tunggu giliran n masa buat tugasan yg diberi...

Enjoy...


Ni gambar dari dalam bilik kerja kami..

Kelihatan Mus n Shah sedang bersembang tanpa memperdulikan apa yg sedang berlaku di dalam bilik x-ray...hehe...



Ha.. Tu dia.. Cik Hafiza tgh berjalan pantas menuju ke bilik x-ray sebaik menyedari ada orang ter-xray kepala sendiri..haha.. Gurau jer...



Bieha tgh menunggu giliran dengan penuh sabar... sementara mus n shah bersembang tanpa henti..hehe.. jgn marah yer...



Anis ( tudung hitam ).. Tgh nervous giler tu... Dia tgh bincang dengan Piqa ( syafiqah )...
Makin banyak yg dibincangkan n cuba utk diingat.. Makin byk pulak ke-konfius-an yg berlaku...



Afiq n Anas pun tgh bincang2 gak... Adil pun ada skali.. Tp x nmpk dalam gambar ni..



Afiq, Anas n Adil tgh mengintai sesuatu kat luar bilik kerja...


Eh2 Jahir.. sempat main henfon tu...



Korang nak tau apa yg Anas n Afiq tgh tengok...???

Tgk gambar kat bawah ni...


Ha.. Tulah pemandangan yg sedang dilihat oleh mereka berdua tadi...
memanglah takde apa2...

tp bagi Crew2 yg lain...
melihat Cik Hafiza berdiri dengan gaya sebegitu dah cukup buat kitorang nervous giler...haha
kelihatan 'pesakit' yg bernama Zul sedang berdiri sambil menyaksikan kawan pesakitnya di-dera kat dalam bilik x-ray.... hehe..


'Prof' Adil tersenyum lebar menanti giliran utk diuji.....



Tgk tu... Nota yg kitorang kena baca and ingat... !!!


Shah dan Zul bergurau senda kat depan bilik x-ray... Kelihatan Mus kat dalam bilik x-ray menanti utk didera oleh calon yg seterusnya... hehe


Anas tgh mencuba nasib... Memposisikan pesakit...


Cik Fiza, Afiq, Zul , Mus n Shah.... Tgh sembang2 .. hehe... tp cik fiza mcm tgh marah2 jer...


Tersenyum jer Afiq n Shah... X tau la knape... Haha.. Korang nampak tak patung kat dalam bilik tu...?

Crew2 Medical Imaging kami..

Salam...

Utk kali ni...

Aku akan perkenalkan Crew2 Medical Imaging....



Dari kiri : Adil, Bieha, Farah, Anis, Zul, Jahir n Syafiqah...

Gambar kat atas ni kat dalam bilik kerja kat makmal x-ray kitorang...



Dari kiri : Afiq n Anas...


Yg pakai baju hitam tu nama dia Muqhlisin a.k.a Mus...



Ha.. Yg pakai baju biru tu nama dia Shahul Hamid a.k.a Shah...



Hehe.. Yg ni nama dia Nur Fadzillah a.k.a Ila...

Okey..
Ni lah kesemua Crew2 medical imaging...

Eh2...

Tapi kenapa ada 12 orang jer..??
hehe...
Yg lagi sorang , aku la...
tapi gambar aku x de...

Sebab aku cameraman...
jadi gambar aku xde kat sini... hehe...


-Zahir-